Siakap Keli

Bongkas Ais Empat Kali Saiz London Hampiri Laut, Berpotensi Beri Ancaman Kapal

Sebuah bongkah ais besar yang telah terpisah daripada Antartika pada tahun 2017 sedang menuju ke Lautan Selatan.

Bongkah ais yang dikenali sebagai A68 yang berukuran 2,300 kilometer batu (6,000 kilometer persegi) itu mempunyai saiz sekitar Greater London, salah satu wilayah di London.

Bongkah ais itu juga mempunyai berat sekitar satu trilion tan sedang bergerak ke utara sejak tahun 2017. Ianya dibawa ke utara oleh arus dan pada tahun lepas pergerakan mulai pantas menuju Georgia Selatan, sebuah pulau di Lautan Atlantik Selantan.

Gambar: The Sun

Perairan yang menerima suhu meningkat dan udara panas disebabkan oleh pemanasan global itu telah menyebabkan ketidakstabilan bongkah ais tersebut. Ianya juga telah menyebabkan pencairan berlaku dengan lebih cepat.

Bongkah ais A68 itu diberikan perhatian yang lebih ekoran boleh menyebabkan ancaman kepada kapal. Pun begitu, satelit akan digunakan untuk memantau A68 di laluannya untuk memastikan ia tidak menyebabkan sebarang bahaya.

Gelombang bongkah ais terbesar yang pernah direkodkan ialah mempunyai saiz 11,000 km persegi dan ianya berpisah dari Antartika pada tahun 2000.

Sumber: Daily Mail / The Sun

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra