Siakap Keli

“4 Tahun Dia ‘Habiskan’ Duit Suaminya, Tapi Tak Habis-Habis”, Rupanya Rezeki Lagi Murah Bila Suami Tak Berkira Dengan Isterinya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai berpendapat bahawa kos sara hidup semakin tinggi. Kos pendidikan sahaja sudah tinggi nilainya para ibu bapa kini bekerjasama bertungkus-lumus untuk memberi yang terbaik dalam keluarga masing-masing.

Baru-baru ini, seorang pemuda iaitu Firdaus Shakirin telah memuat naik status di laman sosial mengenai rezekinya bertambah murah apabila isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Sudah 4 tahun isteri menghabiskan duit saya

Sebelum ini isterinya adalah seorang wanita yang bekerjaya, mempunyai pendapatan tetap dan gaji bersihnya hampir 3000 setiap bulan hidup semakin mewah apabila kedua-dua bekerja dari anak seorang, sehinggalah lahir yg ketiga. Duit sentiasa ada .

Bila isteri ada pendapatan, maka apa yg ada dalam fikiran saya. Kalau duit saya tidak mencukupi, saya boleh minta dekat dia, kemudian hadirlah nafsu untuk menukar telefon bimbit, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya.

Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri

Balik rumah dgn telefon bimbit baru, sport rim baru. Isteri berleter, pastu dia cool. Bulan yang banyak belanja macam-macam mesti bajet lari, maka minta duit isteri. Isteri bagi juga, tapi siap dengan pakej berleter.

Pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga

Bila pengasuh tiba- tiba tidak boleh menjaga anak yang ketiga masih bayi itu, isteri ambil cuti utk jaga sementara mencari pengasuh yang baru. Kami berbincang, bersembang dari hati ke hati. Saya tidak bersedia lagi untuk dia berhenti kerja sebab komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji 2 org. Tapi bila difikirkan ttentang anak-anak, maka isteri membuat kata putus yg terbaik adalah berhenti kerja, duduk rumah, uruskan anak-anak sbb anak-anak dah nak start sekolah…

Cukup ke gaji seorang ni

Alhamdulillah, tahun ni sudah tahun keempat si isteri sudah menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan. Komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah dengan yuran sekolah untuk setiap orang anak. Sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya tidak pernah habis.

Cantik aturan Allah. Semuanya suami sediakan, tapi rezeki suami semakin murah, semakin mencurah-curah. Tiap-tiap tahun gaji asyik naik sahaja. Bonus suami pun banyak.

Rupa-rupanya, tidak semakin miskin bagi si suami yang menanggung keluarga, permudahkan  urusan isteri dan tidak berkira dengan isteri. Sepanjang 4 tahun ni juga, Allah berikan kesihatan yang baik kepada saya. Saya jarang sakit jika keluar mencari rezeki untuk keluarga.

Setiap urusan rasa dipermudahkan dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang walaupun gaji banyak dihabiskan untuk keluarga, tapi ianya bukan penghalang untuk menyebabkan diri rasa serabut dan duit yang tidak mencukupi.

Setiap bulan sentiasa cukup. Allah S.W.T tidak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yang menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yg diamanahkan kepadanya utk ditunaikan.

Sumber : Firdaus Shakirin

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.