Siakap Keli

British Isytihar Koronavirus Ancaman Serius Kepada Kesihatan Awam

British pada Isnin telah mengisytiharkan bahawa wabak Novel Koronavirus sebagai suatu ancaman yang terdekat dan serius kepada kesihatan awam, ianya sekali gus memberikan kerajaan kuasa untuk mengasingkan sesiapa yang disyaki dijangkiti dengan virus tersebut.

British telah merekodkan 4 kes koronavirus setakat ini. Warga British yang telah dibawa pulang dari Bandar Wuhan telah dikuarantinkan selama 14 hari.

Virus tersebut dilaporkan telah membunuh lebih 900 orang dan dicatatkan telah tersebar ke 27 buah negara.

Menteri Kesihatan British menyatakan bahawa langkah terbaru itu bertujuan untuk melengahkan atau mencegah jangkitan koronavirus berkenaan selanjutnya.

“Kami sedang memperketatkan peraturan kami supaya kami boleh menjaga individu yang diasingkan itu serta kesihatan awam daripada tersebar dengan lebih meluas,” kata wakil menteri kesihatan.

Hospital Arrowe Park, berdekatan Liverpool di Utara England serta Kents Hill Park di Milton Keynes, dilaporkan telah dijadikan sebagai fasiliti pengasingan.

Sumber: The New York Times

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa