Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Awal pagi semalam, kita telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey) yang telah meninggal dunia.
Kehilangan insan seni yang menghiasi arena lawak Malaysia sudah pastinya memberikan kesan mendalam kepada peminat lawak di tanah air. Pun begitu, pemergian Arwah Abam semalam turut mengingatkan pada seorang lagi pelawak terkenal iaitu Yus Jambu yang pernah menghiburkan kita semua.
Seorang pengguna Facebook bernama Mohd Firdaus Musa ada berkongsikan coretan mengenai kedua-dua pelawak yang telah meninggalkan kita. Melalui perkongsian tersebut, mereka dianggap sebagai gudang komedi industri seni Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa netizen di media sosial yang turut berkongsikan foto dua pelawak tersebut bagi menzahirkan ingatan mereka kepada dua insan seni ini.
Pemergian kedua-dua pelawak tanah air ini sememangnya memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Semoga roh kedua-dua Allahyarham Abam dan Allahyarham Pakyus ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Sumber: Facebook