Siakap Keli

Pemergian Arwah Abam Beri Kesan Mendalam, Netizen Turut Zahirkan Rasa ‘Rindu’ Pada Arwah Pakyus

Awal pagi semalam, kita telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey) yang telah meninggal dunia.

Kehilangan insan seni yang menghiasi arena lawak Malaysia sudah pastinya memberikan kesan mendalam kepada peminat lawak di tanah air. Pun begitu, pemergian Arwah Abam semalam turut mengingatkan pada seorang lagi pelawak terkenal iaitu Yus Jambu yang pernah menghiburkan kita semua.

Seorang pengguna Facebook bernama Mohd Firdaus Musa ada berkongsikan coretan mengenai kedua-dua pelawak yang telah meninggalkan kita. Melalui perkongsian tersebut, mereka dianggap sebagai gudang komedi industri seni Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Gudang komedi industri seni Malaysia

Khidmat Orang Seni 🌹Pak Yus Jambu dan Abam Bocey. Keduanya adalah gudang komedi industri seni Malaysia. Perjalanan…

Posted by Mohd Firdaus Musa on Monday, 10 February 2020

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa netizen di media sosial yang turut berkongsikan foto dua pelawak tersebut bagi menzahirkan ingatan mereka kepada dua insan seni ini.

Terima kasih sebab dah menghiburkan kami semua rakyat Malaysia

Kehilangan sebutir permata yg sgt berharga😥😥..smoga tenang kau di sana arwah abam dan jumpa lah sahabat mu iaitu arwah…

Posted by Rozaidi Eddy on Monday, 10 February 2020

Feeling ni sama dengan feel masa arwah Pak Yus dulu

Feeling ni sama dgn feel masa arwah Pak Yus dulu, tak tahu knp, walaupun tidak pernah berjumpa, tapi sedihnya tu…

Posted by Mat Logan on Monday, 10 February 2020

Rindu yang tak tertanggung

2 hari lepas tiba2 teringat pd arwah pakyus yg dh dijemput Allah 2015.. pagi ni dikejutkan pula dgn permergian arwah…

Posted by Nurul Amirah on Sunday, 9 February 2020

Lepas ni rindu nak tengok lawak-lawak Abam

Masjid penuh,cuaca mendung mengiringi pemergian Abam harini..rezeki Abam…selepas Pak Yus,lepaih ni rindu nak tengok lawak2 Abam..selamat jalan!👋🏻😢

Posted by Kari Karena Kapoor on Monday, 10 February 2020

Pemergian kedua-dua pelawak tanah air ini sememangnya memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Semoga roh kedua-dua Allahyarham Abam dan Allahyarham Pakyus ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber: Facebook

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.