Siakap Keli

Covid-19: Enggan Diperiksa Suhu Badan, Seorang Wanita Ditumbuk Berkali-Kali Oleh Petugas Kesihatan

Wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini sangat membimbangkan apabila angka kematian telah melebihi 1000 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah berjaga-jaga dilaksanakan bagi memastikan wabak ini tidak terus menjadi kritikal.

Pun begitu, masih ada segelintir manusia yang enggan memberi kerjasama kepada petugas-petugas untuk menjalankan langkah berjaga-jaga seperti membuat imbasan suhu. Begitulah yang dimaksudkan melalui satu rakaman video yang tular.

Satu video yang tular memaparkan insiden seorang lelaki yang dipercayai sebagai petugas kesihatan sedang bertugas memukul seorang wanita kerana didakwa enggan suhu badannya diperiksa.

Video yang tular di Weibo itu menunjukkan seorang wanita menjerit-jerit kepada seorang petugas kesihatan itu supaya petugas tersebut menjauhkan diri daripadanya.

Insiden kekecohan itu berlaku selepas wanita tersebut didakwa menyerang petugas kesihatan berkenaan terlebih dahulu.

Seorang wanita yang turut berada berdekatan menjerit berulang kali supaya ada yang menghubungi polis. Insiden berkenaan dipercayai bermula apabila wanita tersebut enggan memberikan kerjasama kepada petugas sehingga mula ‘menyerangnya’. Petugas tersebut tidak berdiam diri dan terus memukul wanita itu berulang kali.

Walaupun kedua-dua daripada mereka itu tidak dapat dikenal pasti, video tersebut telah dikongsikan oleh netizen di Weibo sehingga menjadi tular.

Insiden tersebut dipercayai terjadi di Wilayah Sichuan, selatan barat China. Walaupun pastinya ramai orang yang akan menyebelahkan wanita itu, namun terdapat juga netizen yang menyokong tindakan dilakukan petugas kesihatan itu.

“Jangan huru-harakan lagi keadaan dalam waktu ni! Harapnya petugas ini tidak dikenakan tindakan,” salah satu komen yang ditulis netizen.

Satu lagi komen menyatakan, “Ianya adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan, namun ianya tidak menjadikan alasan untuk lelaki itu memukul wanita tersebut dengan kuat.”

Pengawasan suhu telah menjadi salah satu rutin harian sejak virus yang telah membunuh lebih 1,000 nyawa di China dan menjangkiti lebih 60,000 orang di seluruh dunia.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa