Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Dua Minggu Berlayar Tanpa Arah, Kapal Persiaran Ini Akhirnya Berlabuh Di Kemboja

Sebuah kapal persiaran yang berlayar di lautan tanpa arah tuju kerana dihalang berlabuh di 5 buah negara akibat bimbang penumpangnya dijangkiti koronavirus akhirnya diterima berlabuh di pelabuhan Kemboja.

Kapal yang dikenali dengan nama MS Westerdam itu terpaksa menukar arah selepas 5 negara di sekeliling Asia tidak membenarkannya untuk berlabuh di negara mereka.

Gambar: BBC

Ianya susulan kebimbangan yang tercetus apabila sebuah kapal persiaran di Jepun terpaksa dikuarantin selepas lebih 200 penumpangnya dilaporkan dijangkiti dengan virus Covid-19.

Walaupun lebih 2,000 penumpang dan krew kapal MS Westerdam itu dilaporkan tidak dijangkiti, namun ianya tetap menerima nasib yang sama dengan kapal di Jepun itu.

Untuk rekod, pada Selasa lalu kapal persiaran ini pernah cuba untuk berlabuh di Bangkok namun ditolak permintaannya.

Sebuah kapal tentera laut Thai kemudiannya mengiringi kapal itu keluar daripada perairan Thailand, dan dari situlah kapal tersebut telah menetapkan laluannya untuk ke Kemboja.

Gambar: Coconuts

Pada awal pagi Khamis, kapal persiaran itu dilaporkan tiba di sebuah pelabuhan di bandar pelabuhan Sihanoukville.

Kapal Westerdam yang dikendalikan oleh syarikat Holland America Line, dilaporkan berlepas dari Hong Kong pada 1 Februari dengan membawa 1,455 penumpang dan 802 anak kapal.

Kapal persiaran itu dijadualkan berlayar untuk jangka masa 2 minggu sahaja, dan apabila ianya telah melebihi jangkaan masa tersebut, krew serta penumpang kapal itu bimbang pula berkenaan minyak dan sumber makanan yang mungkin tidak mencukupi.

Selain Thailand, negara Taiwan, Guam, Filipina serta Jepun juga turut dilaporkan menolak permintaan kapal itu untuk berlabuh di negara mereka.

Keputusan negara Kemboja untuk izinkan kapal MS Westerdam berlabuh di negara mereka mendapat pujian daripada ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Semasa berlabuh, semua krew dan anak kapal diperiksa terlebih dahulu, dan hasil pemeriksaan tersebut tidak menunjukkan apa-apa simptom yang terdapat pada pesakit yang dijangkiti dengan Covid-19.

Sumber:BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa