Siakap Keli

Rebutkan Sebotol Antiseptik, Gadis Di Wuhan Tergamak Bunuh Dua Orang Pelanggan

Wabak virus Covid-19 yang sedang tercetus di dunia ketika ini telah menimbulkan pelbagai huru-hara antaranya ialah kes pembunuhan.

Setakat ini, virus tersebut telah dilaporkan meragut lebih daripada 1,000 nyawa secara global dan telah menjangkiti lebih daripada 42,000 orang di seluruh dunia.

Dengan angka kes yang semakin meningkat hari demi hari, sesetengah penduduk telah menjadi panik dan takut akan nasib yang sedang menimpa negara mereka ketika ini.

Sebuah video yang telah dimuat naik di laman Twitter memaparkan seorang remaja perempuan China membunuh lelaki warga emas dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Motif kejadian itu didakwa hanya kerana sebotol antiseptik.

Difahamkan, hanya satu botol antiseptik terakhir sahaja yang tinggal di  dalam pasaraya tersebut. Disebabkan takut dan panik dalam perebutan sebotol antiseptik itu, remaja tersebut telah bertindak menikam dua orang lagi pelanggan lain di pasaraya tersebut.

Dalam video yang berdurasi selama 3 saat itu memaparkan tubuh seorang lelaki warga emas yang sedang terbaring sambil berlumuran darah.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar telah bertindak memegang remaja berkenaan sementara menunggu pihak berkuasa sampai.

Di China, bekalan untuk mendapatkan beberapa barangan bagi mencegah virus Covid-19 seperti topeng muka dan ubat-ubatan tersangatlah terhad dan perkara itu jugalah yang membuatkan mereka berasa panik sehingga ada yang sanggup bergaduh bagi mendapatkan barangan yang mereka perlukan.

Sumber: Philippine News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa