Siakap Keli
Foto: Video Ishak Ibrahim

“Tolonglah Pulangkan Duit Pakcik,” CCTV Rakam Pemuda Ambil Duit Pakcik Ishak Di Mesin ATM

Kekadang dalam kekalutan pasti akan ada yang tertinggal sesuatu perkara. Tambah-tambah lagi di mesin wang automatik (ATM), pasti akan ada yang terus pergi tanpa wang selepas kad dikeluarkan.

Hal ini terjadi kepada seorang lelaki yang terlupa untuk mengambil wang yang dikeluarkan dari mesin berkenaan. Namun, duit berkenaan dikatakan lesap apabila pihak tempat tersebut menunjukkan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab mengambil wang tersebut dan terus berlalu pergi.

Setelah meneliti daripada rakaman kamera litar tertutup, seorang lelaki ‘muda’ mengambil wang berkenaan walaupun bukan miliknya.

Bagaimanapun, tuan empunya wang tersebut memuat naik satu status di laman Facebooknya tentang masalah ini untuk orang yang ambil itu pulangkan semula wang yang diambil kerana dia memerlukan wang tersebut.

Ini yang ditulis dalam status pakcik Ishak Ibrahim;

Kejadian pagi tadi lebih kurang jam 9am.

Saya nak cepat. Cuma capai atm card jer, duit yang keluar dah lupa nak ambil. Adik sebelah nampak duit berkenaan ambil dan terus berlalu pergi.

Mohon pulangkan semula yer. Pada yang mengenali adik tersebut beritahulah. Ada keperluan mustahak untuk gunakan wang tersebut.

Hubungi saya 0123841416 Ishak.

Terima kasih staff Petronas Pasar Borong Selayang. Anda awesome. Lima bintang untuk anda kerana berikan kerjasama.

Ishak Ibrahim
Semoga adik berkenaan hubungi saya semula deh.

 

Smber: Ishak Ibrahim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)