Terkini, satu kejadian bangunan runtuh dilaporkan berlaku di sekitar Taman Desa Coalition, Jalan Klang Lama sebentar tadi.
Menurut satu laman Facebook bernama EdgeProp Malaysia, bangunan yang dilaporkan runtuh itu adalah merupakan sebuah projek pembinaan kondominium yang sedang disiapkan.
Menurut Bernama, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 3 petang hari ini. Gambar yang disiarkan menunjukkan sebahagian struktur bangunan itu terjejas susulan daripada insiden berkenaan.
Sebahagian struktur kondominium dalam pembinaan di Taman Desa Coalition, runtuh kira-kira 3 petang ini – Bomba KL pic.twitter.com/HqUbgW7SrE
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 14, 2020
Tambah Bernama, setakat ini empat mangsa dikesan terperangkap dalam runtuhan itu, dan seorang daripadanya berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.
Melalui perkongsian lain di halaman EdgeProp Malaysia, sebuah video menunjukkan terdapat pekerja yang sedang terperangkap susulan daripada insiden itu dimuat naik melalui laman Twitternya.
Menurut seorang lelaki yang dipercayai pekerja di dalam video tersebut, didakwa kira-kira 7 orang sedang terperangkap dalam runtuhan itu.
“Awak diam dulu, jangan gerak, nanti lagi sakit”.
Breaking News: Parts of the condominium under construction at Taman Desa collapsed just a while ago. This is the project that the Protect Taman Desa Coalition has protested vigorously against since 2017. (Video by M Gunasekar, media coordinator, Protect Taman Desa Coalition) pic.twitter.com/BftWSp8CAx
— EdgeProp Malaysia (@myedgeprop) February 14, 2020
Sehingga ini belum dipastikan jumlah sebenar mangsa dan sama ada melibatkan kematian.
Sumber: EdgeProp Malaysia / Bernama