Siakap Keli

Covid-19: 6 Kakitangan Perubatan China Maut, Lebih 1,700 Orang Lagi Jadi Mangsa Jangkitan

China memaklumkan 6 orang kakitangan perubatan maut akibat Covid-19 dan 1,716 lagi turut menjadi mangsa jangkitan virus berkenaan.

Menurut Timbalan Menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Zeng Yixin, kebanyakan kakitangan perubatan yang menjadi mangsa bertugas di Hubei, wilayah yang menjadi pusat kepada kemunculan virus berkenaan sejak Disember 2019.

”Keadaan persekitaran yang perlu dihadapi kakitangan perubatan yang bertugas di barisan hadapan adalah sangat membebankan.

”Mereka bertugas dengan tempoh rehat yang terhad. Tekanan kepada psikologi mereka sangat besar sekaligus risiko jangkitan sangat tinggi,” katanya.

Pendedahan tersebut turut mendapat respon daripada Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

”Informasi yang didedahkan sangat kritikal kerana kakitangan perubatan ibarat gam yang memegang antara sistem perubatan dengan respon terhadap perebakkan virus,” katanya.

Setakat semalam, sebanyak 1,380 orang terkorban dan 63,851 kes positif Covid-19 dilaporkan di China. Lebih daripada 81 peratus kes melibatkan mangsa di wilayah Hubei.

Sumber: ABC News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.