Siakap Keli
Kredit: Google

Covid-19: Kes Ke-22 Di Malaysia Adalah Penumpang Kapal Persiaran Berlabuh Di Kemboja

Kuala Lumpur, 16 Feb – Satu lagi kes baru Covid-19 dicatatkan di Malaysia semalam menjadikan angka kes 22 setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes melibatkan seorang wanita 83 tahun warganegara Amerika Syarikat yang merupakan salah seorang penumpang kapal persiaran MS Westerdam.

Kapal berkenaan dilaporkan berlabuh di Kemboja 13 Februari lalu setelah ditolak 5 negara Asia berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19.

“Semua penumpang dan anak kapal telah dibenarkan pulang ke negara masing-masing oleh kerajaan Kemboja setelah memaklumkan bahawa saringan kesihatan telah dijalankan ke atas mereka” lapor KKM.

Kapal MS Westerdam dihalang untuk berlabuh di 5 negara Asia iaitu Thailand, Taiwan, Guam, Filipina dan Jepun. (Kredit: Google)

Wanita itu bersama suaminya serta 145 penumpang lain telah mengambil penerbangan ke Malaysia pada 14 Februari lalu.

“Daripada jumlah tersebut, beliau dan suaminya telah dikesan bergejala sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pemeriksaan lanjut,” tambah kenyataan itu.

Hasil ujian mendapati wanita berkenaan positif Covid-19 dan dirawat di wad isolasi Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, suami pesakit, 85 tahun disahkan negatif buat masa ini, namun tetap dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan dan pemantauan bagi gejala dihadapinya.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.