Siakap Keli

Ayah Terlupa Hantar Anak Ke Taska, Bayi 9 Bulan Maut Dalam Kereta

Kuantan : Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta semasa hendak keluar makan tengah hari.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik (semuanya perempuan), iaitu berusia enam dan 10 tahun dipercayai telah berada dalam kereta jenis Perodua Alza dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati bapa mangsa seharusnya menghantarnya ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 selepas menghantar isterinya ke tempat kerja berhampiran, namun terlupa untuk berbuat demikian. 

“Bapa mangsa sebelum itu turut menghantar anak sulungnya ke sebuah sekolah rendah pada 7.20 pagi dan kembali ke rumah untuk mengambil isteri, anak kedua dan mangsa sebelum keluar semula pada 8.25 pagi,” katanya kepada sumber di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata anak kedua mangsa juga dihantar ke sekolah yang sama dengan anak sulung pasangan itu, namun dihantar agak lewat berbanding kakaknya.

Sebaik sahaja melihat mangsa dalam keadaan lemah, bapa mangsa telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota, namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Ibu bapa mangsa merupakan penjawat awam dan bekerja di Indera Mahkota.

Mohamad Noor berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan siasatan terperinci dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: