Siakap Keli

“Mujur Tak Kena Patuk,” Anggota Bomba Kongsi Pengalaman Tangkap ‘Ular’ Bentuk “S”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anggota bomba sentiasa mendapat pujian oleh masyarakat di negara ini  kerana kesanggupan dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas tidak kira seberat dan seringan mana pun tugasan tersebut.

Mereka dianggap sebagai hero sebenar yang sentiasa berjaga-jaga menyumbang tenaga membantu orang awam.

Sebelum ini, kita sering ‘dihidangkan’ dengan kisah perit dan cabaran mengenai anggota bomba dalam pelbagai misi menyelamat. Pun begitu, terdapat juga misi-misi yang melucukan apabila anggota bomba perlu menjalankan operasi ekoran daripada kepanikan masyarakat.

Terbaharu, menerusi Facebook seorang ahli bomba yang dikenali sebagai Pakdo Mat,  menceritakan kisah lucu yang dialaminya selepas menerima panggilan kecemasan dari seorang individu yang mendakwa bahawa rumahnya dimasuki ular. Pun begitu, ular tersebut sebenarnya hanyalah sekeping plastik yang berhuruf  ‘S’.

Terima panggilan kecemasan, ular senduk di dalam rumah, berlari saya pergi ke rumahnya, sampai-sampai mujur tidak kena patuk. Saya cemas, mujur dapat tangkap, tak pernah lagi saya lihat ular senduk bentuk ‘S’ macam ni. Indah ciptaanMu Ya Allah. Takpe lah saya belit di kain langsir senang, memang tanggungjawab saya macam ni. 

Kiriman tersebut mendapat sebanyak 5.5 ribu like dan 8.4 ribu shares. Ruangan komen juga dipenuhi dengan netizen yang terhibur dan ada di antara mereka yang memuji tugas bomba tersebut.

Sumber: Pakdo Mat

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa