Siakap Keli
Krefit Foto: Daily Mail

Saintis Di China Uji Ubat Tradisional Berusia Lebih 2000 Tahun Bagi Merawat Covid-19

Pegawai-pegawai kesihatan China sedang berusaha untuk menguji rawatan tradisional kuno pada pesakit yang menghidap wabak Covid-19.

Doktor di pusat wabak penyakit di Wuhan telah menggunakan Perubatan Tradisional China yang digabungkan dengan perubatan Barat untuk mencuba dan membendung kadar orang yang dijangkiti virus tersebut.

Kredit Foto: Daily Mail

Para saintis di seluruh dunia kini sedang berusaha untuk membangunkan vaksinasi untuk virus itu yang baru-baru ini dinamakan sebagai COVID-19 yang telah membunuh lebih daripada 1,700 orang.

Kredit Foto: Daily Mail

China mempunyai lebih daripada 80 percubaan klinikal yang mempunyai potensi rawatan untuk koronavirus. Dua ujian klinikal adalah untuk menguji sama ada ubat HIV dan Ebola berkesan untuk merawat gejala.

Pangkalan data kajian biomedikal di China yang dikenali sebagai Pendaftaran Percubaan Klinikal Cina menyenaraikan ujian terkawal yang berterusan serta ubat-ubatan tradisional.

Salah satu ubat tradisional yang dinilai ialah shuanghuanglian iaitu ubat herba Cina yang mengandungi ekstrak dari Lian Qiao.

Buah kering dikatakan telah digunakan untuk merawat jangkitan lebih daripada 2,000 tahun yang lalu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story