Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita
Kadang-kadang, apa yang kita jangkakan pada masa akan datang itu mungkin boleh berlaku secara kebetulan.
Seperti yang telah terbukti sebelum ini, terdapat edisi kartun yang dikatakan telah meramalkan kemenangan pilihan raya seorang pemimpin di dunia.
Dan kini, ramalan berkenaan dengan penularan virus Covid-19 pula yang sedang heboh di media sosial.
Menurut dakwaan seorang pengguna Twitter, seorang penulis terkemuka dari Amerika Syarikat bernama Dean Koontz ada menulis tentang virus yang telah membunuh ribuan nyawa pada hari ini seperti yang tergambar di dalam bukunya berjudul “The Eyes of Darkness”

Berikut adalah beberapa gambar petikan berkenaan dengan virus tersebut yang terdapat di dalam buku itu:


Hasil carian netizen berkenaan buku itu di Google Books juga menunjukkan petikan yang sama.
Buku tersebut menceritakan tentang seorang ibu yang dalam kesedihan yang cuba mencari jawapan berkenaan kehilangan anaknya. Namun pada akhirnya dia telah menemukan anaknya itu di satu pengkalan ketenteraan.
Anaknya itu pula secara tidak sengaja telah dijangkiti dengan mikroorganisma buatan manusia yang dicipta di makmal Wuhan itu.
Dalam buku tersebut, seorang saintis China telah pergi ke Amerika Syarikat dengan membawa satu disket yang mengandungi rekod Wuhan-400.
Wuhan-400 yang dinyatakan di dalam buku itu hanya boleh menyerang manusia, serta boleh digunakan untuk “menghapuskan sebuah bandar”.
Virus tersebut digambarkan sebagai senjata kimia yang dicipta di sebuah makmal di luar bandar Wuhan. Secara kebetulan, institut tersebut benar-benar wujud dan terletak di luar bandar Wuhan pada hari ini.

Berbeza dengan Covid-19, Wuhan-400 mempunyai kadar kematian sebanyak 100 peratus dan tempoh inkubasi yang sangat pendek iaitu selama empat jam.
Berikut adalah salah satu petikan yang terdapat di dalam buku tersebut yang pastinya dapat menimbulkan perasaan takut pada diri setelah membacanya:
“Pada masa itu seorang saintis Cina bernama Li Chen berpindah ke Amerika Syarikat sambil membawa cakera liut yang mengandungi data senjata berbahaya biologi baru yang paling penting dan berbahaya milik China dalam dekad yang lalu. Mereka memanggilnya Wuhan-400 kerana ia telah dibangunkan di makmal RDNA mereka di luar bandar Wuhan.”
Bukan satu buku sahaja, malahan ada lagi sebuah buku yang ditulis oleh Sylvia Browne bersama Lindsay Harrison juga ada kaitan dengan virus Covid-19 ini.
Buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 2011. Terdapat petikan yang boleh dikaitkan dengan virus Covid-19 ada ditulis di dalam buku tersebut. Buku yang berjudul “End of Days” itu juga turut dipercayai mempunyai kaitan dengan wabak penyakit yang melanda dunia pada hari ini.

Berikut adalah petikan berkenaan wabak virus yang sedang melanda dunia ketika ini:

Anehnya, penulis tersebut sepertinya telah meramalkan bahawa ada satu wabak virus yang akan tular pada tahun 2020.
Ianya ditulis seolah-olah penulis tersebut telah pergi dan lihat apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
Walau apa pun, wabak virus ini telah pun terjadi. Adalah lebih baik untuk kita mencegah dan menjaga kesihatan kita agar sebarang penyakit berbahaya tidak menjejaskan tubuh kita.
Sumber: SCMP, mothership