Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Mufti WP Jelaskan Hukum Isteri Iringi Jenazah Suami Ke Kubur

Kematian ahli keluarga yang tercinta semestinya merupakan satu perkara yang sangat menyedihkan. Seperti seorang isteri yang kehilangan suaminya, perasaan tersebut sudah pasti akan memberi kesan mendalam kepada seseorang. Segala kenangan manis sepanjang berumah tangga pasti akan berlegar kembali dalam pemikiran.
Setiap isteri sudah semestinya ingin berbakti kepada sang suami hingga ke akhir hayat mereka dengan menguruskan segala kelengkapan dan urusan terakhir suami hingga ke liang lahad. Pun begitu, terdapat persoalan mengenai hukum seorang isteri yang mengikut ke kubur bagi menghantar jenazah arwah suaminya.
Adakah wanita yang kematian suaminya tidak boleh berada di samping jasad suami sebelum dikebumikan dan tidak boleh juga ke kubur untuk menghantar jenazah?
Persoalan ini telah mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang telah menjelaskan dengan secara ringkas di laman Twitter miliknya.
Gambar: Bincang Syariah
Untuk lebih pencerahan mengenai persoalan ini, layari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa