Siakap Keli

“Tolonglah Kerja,” Individu Dedah ‘Rahsia Penting’ Ketika Manfaatkan Cuti Semester

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum telah mengetahui bahawa persaingan di antara mahasiswa dalam merebut peluang pekerjaan pada zaman ini teramatlah sengit. Lambakan graduan-graduan universiti kini merupakan salah satu masalah yang dihadapi negara bagi memastikan masa depan golongan muda terjamin.

Walaupun begitu, kebanyakan syarikat-syarikat di dalam negara sebenarnya lebih cenderung untuk mencari graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran serta pengalaman berbanding yang hanya mempunyai keputusan cemerlang.

Seorang pengguna Twitter bernama @azwant ada berkongsikan tentang caranya mengisi masa cuti dengan mencari pengalaman serta peluang mempelajari ilmu-ilmu di alam pekerjaan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Aku lepas SPM tak sempat kerja sebab masuk UTP sebelum result SPM keluar. Tapi, setiap kali cuti sem, aku akan cari kerja. Selain pengalaman, korang dapat cari duit lebih. Pengalaman ni yang lagi mahal sebenarnya, bila kerja, macam-macam orang yang kita akan jumpa.

Cuti semester tahun pertama

Cuti first year, aku kerja kat 7E dengan jadi jaga. Walaupun jadi jaga ni under company keluarga, aku kena kerja sama je macam orang lain. 9 malam masuk, 9 pagi balik, setiap jam ronda untuk clocking. Masa ni aku banyak belajar bersabar nak deal dengan orang.

Kerja 7E ni pulak, kau belajar tanggungjawab. Dari jaga cashier, receive barang sampai lah ke mop lantai, semua kau kena buat. Masa ni aku dapat la fahamkan balik sikit-sikit apa yang kau belajar dalam kelas macam sistem kat kaunter diorang, macam mana supply chain jalan.

Cuti semester tahun kedua

Cuti second year, aku try pulak buat pre internship. Macam mana? Kau apply position intern sebelum kau betul-betul kena intern. Susah jugak sebenarnya nak apply, tapi tak mustahil. Ada je kawan aku yang lain buat jugak. Kau cari lah intern yang related dengan course kau.

Aku buat pre intern dengan @MauKerjaMY, diorang offer position Junior Web Developer. Aku pun confident lah sebab masa second year dah amik subjek web. Sekali masuk, aku rasa apa yang belajar kat kelas tu tak sampai 5% pun pakai balik. Everything new, uni tu bagi basic gila je.

Terkial lah jugak nak belajar sebenarnya, tapi survive je. Diorang akan guide kau, kalau kau nak belajar. Aku personally recommend korang cari startup. Sebab apa? Walaupun masa tu aku baru 20, aku dapat rasa dua tiga role dah. Ni semua exposure untuk kau pilih intern betul nanti

Aku pun pernah kerja cashier kat Aeon Big tapi tak ingat dah tahun bila sebab semua dalam dua tiga bulan je. Kerja ni pun lebih kurang 7E tapi kau duduk kaunter je. Beza dia, kau pegang duit lagi banyak. Paling best kerja ni sebab dapat scan-scan barang, best gila.

Mula latihan industri

Tamatlah zaman cuti sem, habis third year, terus kena start intern. Kat sini beza dia kau dengan orang lain. Bayangkan, dari lepas SPM kau tak pernah kerja, dalam CV nak tulis apa? Aktiviti zaman uni bukan tak ok, tapi diorang lagi pandang kerja, sebab nak ambik kau kerja kan?

Walaupun kerja takda kena mengena dengan apa yang kau belajar, kat situ dah boleh tunjuk yang kau jenis orang yang macam mana. Kalau ada pengalaman pre intern, lagi cantik. Diorang tengok kau dah pernah ada kerja dalam bidang kau, lagi senang nak secure placement.

Masa intern, buat betul-betul. Jangan berkira. Kerja yang aku ada sekarang ni pun sebab intern aku. Habis belajar, terus masuk balik. Company sama, bos sama. Diorang akan perhatikan kau sebenarnya masa intern ni. Kau tak berkira dengan diorang, diorang tak berkira dengan kau.

Sumber: @azwant

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa