Siakap Keli
Kredit: Google

Bekas Suami Ditahan Kes Kelar, Bunuh Isteri

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di tempat letak kenderaan di Pusat Bandar Puchong Jaya, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, lelaki itu ditahan di Genting Highlands, kira-kira jam 2 pagi tadi dan siasatan mendapati suspek merupakan bekas suami kepada wanita tempatan berkenaan yang ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan kesan kelar di tubuh badannya.

“Lelaki itu ditahan direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Rabu depan. Setakat ini tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada suspek dan kes diasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai punca kematian wanita tersebut, beliau berkata, bedah siasat mendapati, mangsa mengalami kecederaan berganda akibat dipercayai ditikam menggunakan pisau di bahagian leher, kepala, bahagian hadapan serta belakang badan mangsa.

Ismadi berkata polis telah mengesan dua ahli keluarga mangsa bagi mengesahkan identiti mangsa di Hospital Serdang dan pihaknya menolak kemungkinan kes berkenaan bermotifkan samun pada kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-80742222 atau tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)