Siakap Keli
Gambar: Asia Times

COVID-19: Dua Rakyat Iran Disahkan Maut, Kematian Pertama Di Timur Tengah

Dua orang dilaporkan telah meninggal dunia di Iran selepas ujian yang dilakukan terhadap mereka disahkan positif koronavirus. Ia merupakan kes pertama jangkitan di negara republik Islam itu.

Menurut agensi berita YJC, dua mangsa yang meninggal dunia merupakan rakyat Iran dan penduduk di bandar suci Qom.

Ia juga menjadi kes pertama kematian akibat daripada virus COVID-19 di Timur Tengah dan menjadi mangsa ketujuh dan kelapan yang maut di luar China.

Agensi berita IRNA melaporkan bahawa jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour berkata virus tersebut dikesan pada dua orang warga emas dengan masalah imuniti di Qom, selatan ibu negara Iran.

“Berikutan kes penyakit pernafasan kronik di Qom, dua daripada pesakit yang diuji positif dalam ujian awal.

“Malangnya kedua-dua orang tersebut meninggal dunia di dalam unit rawatan rapi kerana usia yang tua dan masalah dengan sistem ketahanan badan mereka,” katanya.

Menurut Asia Times, wabak penyakit Covid-19 baru-baru iniĀ  telah mengorbankan sehingga lapan orang di luar negara China.

Sumber: Asia Times

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa