Siakap Keli
Gambar Hiasan via Mothersip.sg

Ubat Antivirus Pertama Untuk Merawat Covid-19 Diluluskan Oleh China

Pegawai pengawalseliaan di China mengumumkan pada 16 Februari lalu bahawa ubat antivirus baharu untuk menangani wabak COVID-19 telah diluluskan.

Menurut China Daily, dadah  yang dikenali sebagai Favilavir merupakan ubat pertama yang dikeluarkan bagi mensasarkan kepada pesakit COVID-19. Ia telah diluluskan oleh Pentadbiran Produk Perubatan Negara China sejak bermulanya wabak tersebut.

Kredit Foto: Precision Vaccination

Dibangunkan oleh syarikat Zhejiang Hisun Pharmaceutical, Favilavir yang dahulunya dikenali sebagai Fapilavir dijangka memainkan peranan penting dalam memerangi wabak itu yang mengakibatkan 2,004 kematian di China setakat ini.

Menurut Kementerian Sains dan Teknologi China, Favilavir adalah salah satu daripada tiga ubat yang menunjukkan ‘keberkesanan yang signifikan’ dalam merawat koronavirus semasa ujian klinikal.

Percubaan dilakukan pada 70 orang pesakit di Shenzhen dan ia tersebut dilihat menjanjikan keberkesanan. Namun, keputusan daripada percubaan itu tidak dikeluarkan.

Pun begitu, China Daily melaporkan bahawa dadah itu telah diluluskan untuk pemasaran dan pengeluaran bermula pada hari Ahad.

Para saintis telah ‘berebut’ untuk memikirkan mengenai penyelesaian bagi mengubati pesakit COVID-19. Pakar perubatan di seluruh dunia juga menguji pelbagai ubat dan keberkesanannya.

Dadah lain iaitu Remsdesivir pada awalnya dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Amerika Gilead yang memperlihatkan potensi untuk melawan virus.

Pembuat ubat Cina, Brightgene Bio-Medical Technology juga telah berjaya mensintesis ubat yang sama menggunakan bahan-bahan farmaseutikal yang serupa dan telah memulakan pengeluaran secara besar-besaran.

Walau bagaimanapun, dadah tersebut hanya merupakan percubaan dan tidak dilesenkan atau diluluskan di mana-mana negara.

Sumber: Mothership

Sofea

There's always another side to every story