Gambar-gambar sekumpulan anak beruang yang seakan menari bersama menarik perhatian pengguna di media sosial kerana keletah mereka yang comel.
Dua ekor beruang jantan dan seekor beruang betina berkumpul bersama-sama dan kelihatan memegang tangan masing-masing serta bergerak dalam lingkaran.
Kredit foto: Daily MailDi umur baru sahaja beberapa bulan, haiwan itu dilihat menari, menghentak kaki mereka dan bergerak mengikut rentak muzik.
Gambar: Daily MailIbu kepada haiwan-haiwan kecil tersebut pula dilihat bersantai di sebalik pokok ketika anak-anaknya bermain bersama dan ‘bertelagah’ seperti ‘kanak-kanak kecil’ di Finland timur berhampiran Suomussalmi.
Kredit Foto: Daily MailSelepas beberapa ketika, salah satu daripada anak beruang yang ditinggalkan bersendirian muncul. Dalam satu imej lain, satu lagi anak beruang melarikan diri dari pokok tersebut.
Kredit Foto : Daily MailMomen ‘ajaib’ itu disaksikan oleh seorang guru, Valtteri Mulkahainen, yang berjaya mengambil gambar keletah haiwan tersebut.
Kredit Foto: Daily MailGuru yang berusia 52 tahun itu menjelajah taiga Finland, hutan boreal, di sekitar bandar Martinselkonen ketika dia perasan ada seekor ibu beruang yang selepas itu menyertai kumpulan anak-anaknya.
“Sepertinya saya berada di tengah-tengah hutan magik seperti dalam kisah dongeng.”
“Jika beruang mula menyanyi, saya mungkin tidak terkejut kerana ia sangat luar biasa untuk ditonton.”
Sumber: Daily Mail