Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Laksa merupakan antara hidangan ikonik yang melambangkan kepelbagaian budaya dan cita rasa di Malaysia. Setiap jenis laksa mencerminkan pengaruh tempatan, penggunaan bahan segar serta teknik masakan turun-temurun yang berbeza mengikut negeri.
Dihasilkan daripada pelbagai gabungan bahan masakan, hidangan berkuah ini mempunyai keunikan dari segi rasa dan cara penyediaan yang tersendiri.
Dari Utara Semenanjung hingga ke Borneo, setiap negeri mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan laksa.

Sebagai contoh, asam laksa yang terkenal di Pulau Pinang menggunakan asam jawa dan nenas sebagai bahan yang membezakan hidangan ini. Ia bagi menghasilkan rasa masam yang seimbang.
Bagi laksam pula, hidangan ini menggunakan santan untuk menghasilkan kuah yang berlemak, manakala laksa, itu sendiri diperbuat daripada campuran tepung beras dan tepung gandum.
Berbeza pula dengan laksa Sarawak yang dimasak menggunakan rempah khas, selain dihidangkan bersama tauge dan cendawan hitam sebagai pelengkap.
Meninggal Dunia Di Balik Timbunan Barang, Pengusaha “Hoarder Clean Up” Kongsi Kisah Menyayat HatiKepelbagaian cara penyediaan laksa di Malaysia menarik perhatian seorang warga Singapura untuk cuba memasak hidangan tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di saluran miliknya di YouTube, lelaki berkenaan turut menunjukkan dengan jelas bahan masakan yang digunakan bagi setiap hidangan selain merakam cara masakan bersama penerangan terperinci.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan memilih kaedah tradisional yang jarang digunakan, termasuk memarut kelapa sendiri bagi mendapatkan santan segar.
Malah, lelaki tersebut turut menggunakan lesung batu untuk menghasilkan rempah laksa nyonya.

Bukan sekadar itu, lelaki Singapura itu juga menyediakan laksam dari awal dengan mengadun dan mengukus sendiri adunan tepung.
Selain daripada berkongsi resipi, pencipta kandungan ini turut menyelitkan sedikit kisah sejarah di sebalik penghasilan laksa katong, sejenis laksa lemak yang dipopularkan di Singapura.
Kagum dengan kesungguhan pencipta kandungan ini, warga maya berpusu-pusu memperkenalkan laksa kawasan yang tidak disebut. Malah, ada juga yang menyarankan agar lelaki berkenaan menghasilkan video susulan.
"Ada empat jenis laksa lagi yang tak tunjuk dalam video ni. Laksa gebuk dari Pahang, laksa siam dari Pattani, Thailand, laksa putih dan laksa merah dari Terengganu, laksa mi Pangkor dari Perak," ujar warga maya.
"Di Barat Jawa, ada satu jenis laksa lagi dipanggil Laksa Bogor, dari Bogor. Satu jam setengah dari Jakarta dan sebahagian dari kawasan metropolitian Jakarta," kata seorang lagi.
"Memandangkan tajuk ni 'Laksa dari Asia Tenggara', kau patut teruskan siri ni, bang. Ada lagi laksa lain yang kau boleh cuba buat macam laksa lemak dari Kelantan atau Terengganu, laksa kuale dari Perak, khanom jeen nam ya, laksa Siam dari Selatan Thailand, laksa Bogor, laksa Tangerang dan laksa Medan dari Indonesia," cadang yang lain.