Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Gelagat Wanita “Survey” Kanopi Kahwin 2028 Buat Ramai Terhibur
Bila rasa dah jumpa pasangan hidup yang tepat, kebanyakan orang pasti mula berangan dan merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya, iaitu alam perkahwinan.
Siapa saja yang tak teruja nak bayangkan hari bahagia bersama insan tercinta, kan? Warna tema, pelamin, makanan, kanopi. Semua mula bermain di kepala.
Bak kata orang, manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan. Tapi merancang awal, tak salah kan?
Baru-baru ini, seorang wanita mencuri perhatian netizen apabila perkongsiannya di media sosial menjadi tular. Bukan sebab majlis kahwin mewah atau pelamin luar biasa, tetapi kerana terlalu awal membuat persiapan.
Bayangkan, wanita ini sudah mula “survey” kanopi kahwin untuk tahun 2028. Yang lebih menghiburkan, tarikh majlis pun sebenarnya belum ada lagi.
Dalam tangkap layar perbualan yang dikongsikan, wanita ini bertanya harga pakej kanopi. Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah reaksi peniaga kanopi itu sendiri.

“Cramp perut ni gelak baca komen, my mom offer dia nak sponsor tu yang macam terlebih vitamin excited teruk hahaha,” tulis wanita ini berseloroh.
Menjawab rasa ‘terkejut’ orang ramai, wanita ini tampil menjelaskan niat sebenarnya. Katanya, dia bukan berangan kosong, sebaliknya mahu menyediakan bajet awal supaya tidak kelam-kabut di kemudian hari.
“Ye, saya saja je survey awal supaya boleh set dalam kepala otak ni berapa amount minimum yang saya perlu get ready. Don’t worry okay, saya tahu harga akan berubah, sebab tu saya survey awal supaya saya boleh urus bajet saya supaya majlis saya berjalan lancar,” jelasnya, melayan kerenah netizen.
Menjengah ke ruangan komen, gelagat netizen pula yang mencuri perhatian.
“Tahun 2026 ni baru 18 hari…”
“Januari 2026 pun tak habis lagi sis…”
“Hahahah, tapi betul juga jawapan dia. Saya as a seller kuih kan, haritu pernah orang nak book setahun awal, pastu saya pun cakap ‘Saya tak tahulah masa tu saya hidup lagi tak’…”
Lebih mencuit hati, ada juga bisnes pakej travel yang sempat ‘menyambar peluang’.
“Nak honeymoon jangan lupa cari sis.”
Yang kelakarnya, wanita ini selamba bertanya pula harga pakej honeymoon untuk tahun 2030.
BACA: Ayat “Deep” Tok Kadi Sampai Buat Ramai Tetamu Lelaki ‘Sentap’
Sumber: Threads @faradyaaa._