Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
ayat deep tok kadi
Gambar: Siakap Keli
Tiada Kategori
Ayat “Deep” Tok Kadi Sampai Buat Ramai Tetamu Lelaki ‘Sentap’

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ayat “Deep” Tok Kadi Sampai Buat Ramai Tetamu Lelaki ‘Sentap’

Majlis akad nikah sebenarnya bukan sekadar upacara yang diakhiri dengan lafaz ijab dan kabul. Ia adalah detik bersejarah yang menandakan bermulanya satu fasa baharu dalam kehidupan dua insan.

Di saat tangan disambut dan lafaz disempurnakan, pasangan bukan sahaja mengikat hubungan sebagai suami dan isteri, malah saling memikul amanah yang besar.

Rumah tangga yang dibina bukan untuk sehari dua, tetapi untuk dilayari bersama hingga ke akhir hayat. Dengan harapan, membawa kebahagiaan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Gambar Hiasan (Siakap Keli)

Sebab itulah, sebelum lafaz akad itu dilafazkan, Tok Kadi atau jurunikah lazimnya akan menyampaikan Khutbah Nikah. Khutbah ini bukan sekadar adat atau pengisian majlis semata-mata. Sebaliknya, satu peringatan yang sangat bermakna.

Ia umpama nasihat ringkas, tetapi sarat dengan makna, sebagai panduan asas buat pasangan yang bakal melangkah ke alam rumah tangga.

“Terdiam sekejap tetamu lelaki bila Tok Kadi hurai formula ni tadi…”

Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang pemuda yang menghadiri majlis akad nikah ahli keluarganya.

Menurutnya, suasana majlis yang tenang tiba-tiba menjadi sunyi seketika. Bukan kerana cemas, tetapi kerana nasihat Tok Kadi yang disampaikan ‘kena tepat’ ke jiwa, terutamanya buat para lelaki.

Jurunikah tersebut memperkenalkan satu formula mudah untuk para suami, iaitu formula S.U.A.M.I. Bunyinya biasa, tapi maksudnya cukup dalam.

S – Sabar. Isteri ni kuncinya emosi. Menangis, merajuk tu makanan dia. Sabar lelaki bukan diam, tapi sabar melayan.

U – Usaha. Nafkah tu wajib. Makan, pakai, tempat tinggal. Penat macam mana pun, kena usaha cari rezeki halal.

A – Akur. Setia melindungi. Jangan khianat amanah yang dah diakad.

M – Manis Muka. Balik kerja penat, jangan bawa muka ketat. Senyum tu sedekah, ubat hati isteri.

I – Ikhlas. Buat semua ni kerana Allah.

“Terima kasih share, sangat bermanfaat.” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dan merasakan nasihat itu sangat dekat dengan realiti rumah tangga.

Tak kurang juga, ramai mengakui bahawa nasihat seperti ini jarang didengar sedangkan ia sangat penting buat bakal suami.

“Kalau tak merajuk, tak menangis, bukan perempuan namanya.”

“Bab sabar tu memang kena banyakkan sabar tapi kena set batasnya sebab takut nanti melampaui batas pula emosinya. Dalam sabar dan usaha tu ada sabar dalam usaha mendidik.”

Moga perkongsian ini bermanfaat, terutamanya buat para suami. Ingatlah, bahagia itu bukan datang sendiri, sebaliknya dibina, dijaga dan dipelihara bersama.

BACA: Pengantin Terkejut Jumpa Sultan, Tengku Ampuan Pahang Masa “Photoshoot”

Sumber: Threads @afnanirfxn