Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Gambar: ImageFX
Betul Ke Ramai Lelaki Buta Warna Berbanding Wanita? Ini Penjelasannya

Aina Munirah

Betul Ke Ramai Lelaki Buta Warna Berbanding Wanita? Ini Penjelasannya

Umum mengetahui bahawa mata merupakan salah satu anggota tubuh yang sangat penting untuk kita. Hal ini kerana, ia berperanan sebagai deria utama untuk melihat persekitaran, menjalankan aktiviti dan rutin harian dan banyak lagi.

Namun begitu, kesihatan mata ini sering dipandang remeh dan hanya diberi perhatian sekiranya masalah itu mengganggu kehidupan seharian.

Biasanya, masalah berkaitan mata yang sering kita dengar adalah rabun, mata berair ataupun mata kering.

Sebaliknya, masalah lain seperti buta warna kurang diberi pendedahan dan sering dilihat sebagai masalah biasa.

Tahukah anda, kajian mendapati bahawa golongan lelaki lebih cenderung untuk menghadapi masalah ini berbanding golongan wanita?

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Buta warna (atau rabun warna) bukanlah satu masalah kesihatan yang asing.

Ia berlaku apabila terdapat masalah pada fungsi pigmen pengesan cahaya yang terletak di dalam mata.

Kebanyakan individu yang mengalami masalah rabun ini tidak dapat membezakan di antara warna merah dan hijau.

Namun, terdapat segelintir yang sukar membezakan warna kuning dan biru. Tahap keterukan buta warna akan menentukan sama ada anda dapat membezakan sebarang warna yang terdapat di persekitaran anda.

Jika terlalu serius, seseorang itu boleh didiagnosis dengan masalah akromatopsia (rabun warna penuh), iaitu penghidap hanya boleh melihat warna kelabu atau hitam dan putih sahaja.

Mungkin bagi segelintir individu keadaan ini tidak serius. Namun ada juga keadaan di mana ia begitu teruk sehingga mempengaruhi kualiti hidup.

Kenapa lelaki lebih mudah mendapat masalah

Maklumat genetik bagi masalah rabun ini dibawa oleh kromosom seks X. Oleh sebab lelaki hanya mewarisi 1 kromosom X daripada maklumat genetik ibu, mereka lebih berisiko untuk mendapat masalah rabun ini sekiranya ibu adalah pembawa kepada masalah tersebut.

Kajian oleh Persatuan Optometri Amerika (AOA) menunjukkan 8% lelaki berkulit putih dilahirkan dengan masalah buta warna berbanding dengan 0.5% wanita dari pelbagai jenis bangsa.

Kebanyakan individu hanya sedar mereka buta warna ketika mengambil ujian khusus l.e. semasa ambil lesen memandu.

Walaupun mereka yang rabun ini sering didiagnosis ketika usia muda, namun ada segelintir yang sukar dikesan.

Ini berikutan mereka boleh mengaitkan warna dengan objek yang spesifik. Sebagai contoh, rumput dengan warna hijau atau cili kering dengan warna merah.

Sekiranya tahap keterukan buta warna itu tidak serius, simptom yang dialami berkemungkinan tidak jelas bagi mereka yang menghidapinya.

BACA: Kajian Dedah Rawatan Akupuntur Boleh Bantu Urus Obesiti

Rabun warna bukan disebabkan oleh masalah genetik sahaja

Walaupun majoriti individu yang mengalami buta warna genetik, tapi kerosakan pada saraf optik mata juga boleh menyebabkan permasalahan yang sama.

Mata manusia mempunyai sel saraf yang dikenali sebagai sel kon. la membolehkan retina (bahagian yang sensitif pada cahaya) menterjemahkan isyarat cahaya kepada warna.

Ada 3 jenis sel kon di dalam mata manusia dan ia boleh bertindak balas kepada warna merah, hijau dan biru. Apabila isyarat cahaya mencecah sel kon, ia akan menghantar maklumat tersebut ke otak dan diterjemahkan kepada warna.

Kecederaan atau apa-apa faktor yang merosakkan sel kon tersebut boleh menyebabkan individu sukar menterjemah isyarat warna dengan betul.

Apa punca buta warna selain masalah genetik?

Masalah kesihatan mata

Kecederaan secara langsung pada saraf optik atau faktor yang boleh menyebabkan kerosakan saraf optik adalah punca utama rabun ini.

Ini berikutan peranan saraf optik penting bagi membawa isyarat cahaya untuk diterjemahkan pada otak.

Antara penyakit yang boleh mempengaruhi integriti sel kon dalam mata adalah:

1. Masalah retinopati diabetes

2. Glaukoma

3. Degenerasi makula

4. Masalah katarak. Apabila lensa mata berubah menjadi legap, cahaya tidak dapat masuk.

5. Sklerosis multipel

6. Penyakit Alzheimer

Ubat-ubatan punca rabun warna

Kesan sampingan antibiotik ethambutol yang sering digunakan dalam rawatan penyakit tuberkulosis boleh menyebabkan gangguan pada fungsi saraf optik.

Akibatnya, mereka yang mengalami kesan sampingan tersebut mempunyai kesukaran untuk melihat dan mengenal pasti warna di sekeliling.

Individu yang mengambil ubat antipsikotik chlorpromazine dan thioridazine turut berisiko mengalami kesan sampingan yang sama.

Faktor lain

Faktor lain seperti penuaan dan kecederaan yang melibatkan bahan kimia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rabun.

Oleh sebab proses penuaan turut mempengaruhi fungsi penglihatan, populasi tersebut boleh mengalami kesukaran untuk mengenal pasti warna.

Macam mana nak tahu jika anda alami rabun warna?

Mereka yang buta warna tidak dapat mengenali warna disebabkan sel kon mereka tidak berfungsi dengan baik. Ujian menggunakan carta pseudoisokromatik atau carta ishihara agak popular dalam mendiagnosis masalah buta warna.

la merupakan gambar dengan dot berwarna yang mengandungi nombor atau simbol. Jika anda mempunyai masalah buta warna, anda akan mengalami kesukaran untuk membaca nombor atau simbol tersebut.

Buta warna, adakah boleh dirawat?

Jika masalah rabun yang anda alami ini berpunca daripada faktor selain genetik, rawatan terhadap masalah kesihatan tersebut boleh mengembalikan fungsi kesan warna asal.

Namun, bagi mereka yang lahir dengan masalah genetik buta warna, tiada ubat yang boleh menyembuhkan keadaan tersebut.

Doktor mungkin akan menyarankan penggunaan kanta lekap yang boleh membantu anda untuk membezakan warna.

Terdapat juga aplikasi yang boleh menukarkan warna di dalam skrin komputer atau alat elektronik kepada warna yang boleh digunakan oleh mereka yang buta warna.

Kesimpulannya, masalah rabun warna merupakan keadaan kronik yang perlu diuruskan dengan baik.

Jika anda mengalami masalah ini disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti glaukoma, pastikan anda mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

BACA: Mata Kerap Kering Dan Pedih? Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Sumber: Hello Doktor