Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mata Kerap Kering Dan Pedih? Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Aina Munirah
Gambar: ImageFX

Mata Kerap Kering Dan Pedih? Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masalah mata kering dan pedih sering dianggap menjadi kebiasaan oleh orang ramai

Namun begitu, tahukah anda bahawa masalah ini mungkin merupakan simptom awal Sindrom Sjogren?

Sindrom Sjogren ini merupakan salah satu penyakit yang berpunca daripada kelenjar yang dihasilkan oleh air liur dan air mata menjadi kering yang luar biasa pada mulut dan mata.

Jika anda sering merasakan mata anda kerap pedih dan berpasir serta mata sering merah dan letih, sebaiknya anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan awal.

Kebiasaannya, simptom yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza.

Ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Tidak semua orang menyedari mereka mengalami tanda mata kering, kerana simptomnya kadangkala ringan atau bersifat sementara.

Namun,jika anda mengalami gejala berikut secara berulang, ia mungkin tanda awal masalah yang lebih serius:

  • Mata kerap rasa pedih dan panas

  • Dapat rasakan seolah berpasir di dalam mata

  • Mata selalu berair sebagai tindak balas kepada kekeringan

  • Penglihatan yang kabur segera pulih selepas berkelip

  • Mata cepat berasa letih apabila melihat atau menghadap skrin terlalu lama

  • Susah untuk memakai kanta lekap dalam tempoh yang lama

Sekiranya simptom ini berlaku secara berterusan, anda digalakkan untuk terus berjumpa dengan doktor.

Kenapa mata jadi kering?

Kebiasaannya, mata kita bukan sahaja akan menjadi kering sekiranya melihat skrin terlalu lama ataupun duduk di dalam penghawa dingin dalam tempoh masa yang lama.

Namun, terdapat beberapa sebab mengapa hal ini boleh berlaku. Antaranya:

  • Faktor umur yang makin meningkat terutamanya wanita yang telah menopaus

  • Penggunaan ubat-ubatan seperti antihistamin dan antidepresen

  • Memakai kanta lekap dalam tempoh yang lama

  • Kurang berkelip akibat menatap skrin terlalu lama

  • Menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan lupus

Sindrom Sjogren ini juga menyebabkan keradangan pada kelenjar yang menghasilkan cecair badan dan ia sekali gus mengurangkan pengeluaran air mata.

Bahaya mata kering

Ramai yang masih kurang tahu bahawa tanda mata kering atau bahaya mata kering ini lebih dari sekadar ketidakselesaan.

Jika tidak dirawat, ia akhirnya mampu menyebabkan masalah yang lebih serius.

Antara risiko mata kering yang berpanjangan ialah:

  • Kerosakan pada bahagian permukaan kornea

  • Tinggi risiko jangkitan mata

  • Penglihatan menjadi kabur

  • Silau berlebihan terutama pada waktu malam

  • Iritasi dan bengkak pada bahagian kelopak mata

Sindrom Sjogren ini boleh berlaku tanpa kita sedari. Namun begitu, kita tetap masih mampu mengatasi masalah ini.

BACA: Kulit Anak Jadi Merah & Kering? Ini 5 Cara Atasinya

Cara mengatasi mata kering

Untuk menangani masalah ini, rawatan berterusan perlu dilakukan. Selain dari hanya menggunakan titisan air mata buatan, tetapi juga merawat punca keapda autoimun tersebut.

Antara cara mengatasi mata kering ialah:

  • Guna titisan air mata tiruan secara berkala

  • Elakkan berada terlalu lama di dalam bilik berhawa dingin

  • Hadkan masa skrin dan pastikan kelipan mata yang kerap

  • Guna pelembap udara (humidifier) di rumah

  • Gunakan pelindung mata jika keluar dalam keadaan berangin

  • Rujuk doktor untuk ubat anti radang atau titisan mata khas

Vitamin untuk mata kering

Untuk masalah ini, rawatan mungkin akan melibatkan ubat sistemik seperti hydroxychloroquine untuk mengawal aktiviti autoimun dalam badan.

Selain dari pengambilan ubat-ubatan, pengambilan vitamin dan nutrien yang cukup juga penting bagi memastikan mata sentiasa dalam keadaan sihat.

Antara vitamin dan nutrien yang sesuai untuk mata kering ialah:

  • Omega-3 (minyak ikan): Mengurangkan keradangan dan menyokong pengeluaran air mata

  • Vitamin A: Penting untuk kesihatan permukaan mata

  • Vitamin C dan E; Antioksidan yang membantu melawan kerosakan sel

  • Zink: Menyokong fungsi retina dan penglihatan

Suplemen atau vitamin ini juga boleh didapati dalam bentuk kapsul atau melalui diet seperti pengambilan ikan berlemak, sayuran berwarna oren dan hijau, pengambilan kekacang dan juga bijirin penuh.

BACA: 11 Pekerja Sesak Nafas, Pedih Mata Akibat Tumpahan Bahan Kimia Di Kilang

Kesimpulan

Tanda mata kering bukan sekadar ketidakselesaan harian, namun ia mungkin menjadi petunjuk awal kepada penyakit seperti Sindrom Sjogren yang perlu dikenal pasti seawal mungkin.

Dengan memahami punca, risiko dan kaedah rawatn, anda dapat melindungi mata anda daripada komplikasi jangka panjang.

Sumber: Hello Doktor