Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

11 Pekerja Sesak Nafas, Pedih Mata Akibat Tumpahan Bahan Kimia Di Kilang

Iqbal Yasir
Pekerja Sesak Nafas kilang
Gambar: JBPM Perak

11 Pekerja Sesak Nafas, Pedih Mata Akibat Tumpahan Bahan Kimia Di Kilang

IPOH, 9 Okt (Bernama) — Sebanyak 11 pekerja sebuah kilang di Bandar Proton City, Tanjong Malim kira-kira 133 kilometer dari sini, mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas terdedah kepada tumpahan bahan kimia jenis isosianat tengah hari tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.42 petang.

“Siasatan mendapati kebocoran berlaku pada sistem paip, menyebabkan kira-kira 15 liter bahan kimia tertumpah.

“Semua mangsa telah dihantar ke klinik berhampiran sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketua operasi berhubung dengan pasukan Hazmat bagi mendapatkan nasihat serta prosedur kerja pembersihan.

“Kebocoran berjaya ditutup dan kerja pembersihan dijalankan menggunakan pasir di kawasan terjejas,” katanya sambil menambah kerja-kerja pembersihan dan kawalan tumpahan masih diteruskan di lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kampung Sungai Baru Tidak Pernah Diwarta Sebagai MAS Atau Tanah Rizab Melayu – Dr Zaliha

BACA: Tiong Akui Kesilapan, Kesal Kontroversi Majlis Gala