Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Pegang Tangan Sambil Berpusing, Gelagat Anak Beruang Seakan Menari Curi Tumpuan Ramai

Gambar-gambar sekumpulan anak beruang yang seakan menari bersama menarik perhatian pengguna di media sosial kerana keletah mereka yang comel.

Dua ekor beruang jantan dan seekor beruang betina berkumpul bersama-sama dan kelihatan memegang tangan masing-masing serta bergerak dalam lingkaran.

Kredit foto: Daily Mail

Di umur baru sahaja beberapa bulan, haiwan itu dilihat menari, menghentak kaki mereka dan bergerak mengikut rentak muzik.

Gambar: Daily Mail

Ibu kepada haiwan-haiwan kecil tersebut pula dilihat bersantai di sebalik pokok ketika anak-anaknya bermain bersama dan ‘bertelagah’ seperti ‘kanak-kanak kecil’ di Finland timur berhampiran Suomussalmi.

Kredit Foto: Daily Mail

Selepas beberapa ketika, salah satu daripada anak beruang yang ditinggalkan bersendirian muncul. Dalam satu imej lain, satu lagi anak beruang melarikan diri dari pokok tersebut.

Kredit Foto : Daily Mail

Momen ‘ajaib’ itu disaksikan oleh seorang guru, Valtteri Mulkahainen, yang berjaya mengambil gambar keletah haiwan tersebut.

Kredit Foto: Daily Mail

Guru yang berusia 52 tahun itu menjelajah taiga Finland, hutan boreal, di sekitar bandar Martinselkonen ketika dia perasan ada seekor ibu beruang yang selepas itu menyertai kumpulan anak-anaknya.

“Sepertinya saya berada di  tengah-tengah hutan magik seperti dalam kisah dongeng.”

“Jika beruang mula menyanyi, saya mungkin tidak terkejut kerana ia sangat luar biasa untuk ditonton.”

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa