Siakap Keli
Kredit Foto: Daily Mail

Saintis Universiti Oxford Dakwa Vaksin Covid-19 Boleh Didapati Dalam Tempoh Sebulan

Saintis di Universiti Oxford mendakwa bahawa vaksin  boleh didapati dalam tempoh sebulan.

Professor Sarah Gilbert dan rakan-rakannya di Jenner Institute sedang berterusan bekerja keras untuk menghentikan penyebaran COVID-19.

‘Stok benih’ tidak lama lagi akan dibangunkan di dalam vaksin yang sebenar di Itali dengan jumlah sekurang-kurangnya 1,000 dos untuk tujuan percubaan klinikal.

Kredit Foto: Daily Mail

Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini memberi amaran bahawa vaksin tersebut boleh mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan.

Setakat ini, tiada ubat yang boleh melindungi daripada virus yang mudah berjangkit itu sehingga memperlihatkan lebih 74,000 orang  dijangkiti dan membunuh 2,006 orang di China.

Kredit Foto: Daily Mail

Kes di negara-negara lain juga semakin meningkat dengan lapan orang disahkan dijangkiti di Britain pada awal minggu ini.

Vaksin memerlukan berbilion dollar untuk dikeluarkan serta harus dijalankan ujian yang mengambil masa lama terhadap ribuan orang. Ia juga perlu dikawal selia sebelum boleh dijual.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa