Siakap Keli

Tak Perlu Ke Luar Negara, Taman Bunga Matahari Dah Ada Di Perlis, Sesuai Untuk Kaki “Insta”

Pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus ialah sejenis pokok semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar.

Ia merupakan bunga yang sangat cantik dan kelihatan segar, di mana penanamannya sangat pesat di beberapa buah negara seperti di eropah.

Bagi rakyat negara ini, berkunjung ke negara jiran, Thailand, merupakan satu pilihan utama sekiranya ingin menikmati pemandangan ladang bunga matahari yang seluas mata memandang.

Tetapi kini, tidak perlu lagi mengembara jauh kerana di Malaysia juga terdapat sebuah taman bunga matahari yang baru sahaja dibuka beberapa bulan, bermula sekitar Julai lalu.

Gambar : Instagram

Biarpun tidak seluas wilayah Lopburi di utara Bangkok, taman bunga matahari yang terletak di Taman Ular dan Reptilia Kangar, Perlis ini menjanjikan pengalaman baharu selain menjadi ‘port’ bergambar yang best untuk anda!

Menerusi tinjaun di Instagram, ramai pengunjung melawat dan memuat naik gambar yang cantik, dikelilingi pokok gergasi itu.

Jom kita lihat antara gambar yang ditangkap oleh pengunjung. Memang cantik-cantik belaka!

Sumber : Instagram
Gambar : Instagram
Sumber : Instagram
Sumber : Instagram
Sumber : Instagram
Sumber : Instagram

Taman Ular dan Reptilia Perlis ini dikenali sebagai snake farm, menempatkan lebih daripada 150 ekor ular yang terdiri daripada 34 spesies yang ada di sini. Selain itu, terdapat bustana kucing serta pameran haiwan lain termasuk taman bunga matahari.

Apa lagi, jom ramai-ramai melawat Perlis Indera Kayangan!

Sumber : Instagram

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.