Siakap Keli

Peguam Negara Membuat Kita Bimbang Kepada Keselamatan Negara – Dr Maza

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza, membuat satu kenyataan ringkas di laman facebook dengan meluahkan kebimbangan beliau terhadap keselamatan negara.

Kenyataan Dr.Maza itu dibuat selepas keputusan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang telah memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), berkuatkuasa serta merta hari ini.

Menerusi status yang dimuat naik, Dr Maza turut meminta seluruh rakyat negara ini berdoa agar perubahan dapat dilakukan demi menyelamatkan keadaan negara ini.

Peguam Negara membuat kita bimbang kepada keselamatan negara. Marilah kita semua berdoa agar satu perubahan berlaku segera bagi menyelamatkan keadaan negara.

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10158175593232990

 

Sumber : DrMAZA.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)