Siakap Keli
Gambar: Instagram @Hidayah_Abam

(Video) Netizen Sebak Tengok Hamzah ‘Pegang’ Abam Sambil Dengar Lagu Arwah Di Telefon

10 hari selepas pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey), netizen sekali lagi tersentuh hati melihat anak tunggal ditinggalkannya.

Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, lapan bulan dilihat menyentuh skrin telefon ketika menonton video bapanya.

“Allah menggalir air mata, bila ibu melihat hamzah dengar lagu arwah ayahnya.

“Dengar dan lihat baru dia berhenti menangis, sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah,” tulis kapsyen video berkenaan.

Detik itu membuatkan netizen tersentuh melihat anak kecil itu.

Hamzah kuat ya

Dia seakan berkata sesuatu

Dia nak pegang ayah dia kat skrin tu

Sumber: @hidayah_abam

Amira

Love yourself.