Siakap Keli

WHO Buat 2 Ujian Baru Untuk Rawat Covid-19, Umum Keputusan Lagi 3 Minggu

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan, pada Khamis berkata pihaknya akan menjalankan ujian klinikal untuk dua kemungkinan rawatan untuk virus Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pihaknya sedang menunggu keputusan dua ujian klinikal tersebut.

Dua ujian klinikal berkenaan melibatkan ujian penggabungan dua jenis ubat untuk merawat HIV manakala satu lagi membabitkan ujian agen anti-viral.

Tedros menambah bahawa keputusan awal dijangka siap dalam tiga minggu. Pihaknya berharap ujian klinikal akan membawa kepada pembangunan terapi yang lebih berkesan, kerana pesakit yang dijangkiti Covid-19 ketika ini dirawat berpandu kepada simptom-simptom yang ditunjukkan mereka.

Pihak berkuasa kesihatan China pada Selasa mendakwa bahawa ubat anti-malaria berkesan dalam merawat pesakit Covid-19.

Seorang pegawai WHO yang mengulas dakwaan itu berkata, percubaan klinikal untuk rawatan tersebut Buat 2 Uji sedang dijalankan di China dan sehingga kini masih tiada ubat yang berkesan untuk merawat Covid-19 ditemui.

Sumber : NHK World News

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.