Siakap Keli

Faith Fleur Ungguli Dua Anugerah

PETALING JAYA- Jenama produk penjagaan rambut Faith Fleur meraih dua kemenangan pada majlis anugerah Natural Health and A Healthy Lifestyle Readers’ Choice Awards 2019 di sini semalam (21 Februari 2020).

Daripada 83 kategori dipertandingkan, Faith Fleur memenangi dua kategori iaitu Serum Rambut Terbaik dan Semburan Rambut Terbaik. Acara itu dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) CtyMary Resources Sdn. Bhd merangkap pengasas bersama Faith Fleur, Tuan Muhamad Abdul Halim Bahadorisam di Pusat Beli BelahAtrium, di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Tuan Muhamad Abdul Halim, kemenangan tersebut merupakan satu lagi kejayaan yang manis buat seluruh warga kerja di CtyMary Resources Sdn. Bhd dan ianya sebagai satu penghargaan buat jenama Faith Fleur yang semakin mendapat
tempat nama di hati pengguna.

“Syukur alhamdulillah, kehadiran saya hari ini sekaligus mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, (CEO), CtyMary Resources Sdn. Bhd, Puan Siti Mariam Abd Samad dan syarikat kami, saya sangat bersyukur dengan kedua-dua anugerah ini iaitu untuk Kategori Best Serum Hair Mist dan Best Hair Serum. Kejayaan ini amat bermakna buat kami semua bukan sahaja di ibu pejabat malah buat semua warga kerja kami di Sarawak dan seluruh Malaysia yang bertungkus lumus membantu mengukuhkan jenama Faith Fleur agar lebih dikenali di mata masyarakat,” katanya

Sementara itu, katanya lagi, kejayaan ini sekaligus mampu mencapai misi syarikat untuk menjadi produk penjagaan rambut nombor 1 di hati pengguna selain mampu berdiri setanding dengan produk-produk yang sedia ada di pasaran tempatan
mahupun di peringkat antarabangsa.

“Semoga dengan kejayaan yang kami terima pada hari ini dapat menjadi inspirasi kepada semua masyarakat di luar sana. Kami juga berharap agar jenama Faith Fleur mampu memberi kepuasan buat semua pengguna. Kerana tanpa anda kami tidak mungkin mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini,” kata Ketua Pegawai Operasi CtyMary Resources Sdn.Bhd, Tuan Muhamad Abdul Halim Bahadorisam.

Anugerah Natural Health and A Healthy Lifestyle Readers’ Choice Awards 2019 anjuran Acepremier Media Group adalah kali kesembilan diadakan bertujuan mempamerkan jenama terkenal serta meraikan kejayaan mereka khususnya dalam industri kesihatan dan kecantikan.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disampaikan oleh Editor Majalah Natural Health, Cindy A. Fernandez.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa