Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Tok Guru Suka Sebab Suara Adik…,” Foto Kenangan Qari Qayyim Bersama TGNA Undang Sebak

Sofea

Dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020, qari istimewa dari negeri Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, sedang menjadi perhatian ramai kerana kelunakan suara dan bacaan yang lancar walaupun mengalami masalah penglihatan.

Telah beberapa kali memasuki pertandingan tilawah, qari Qayyim sememangnya sejak dari kecil lagi menjadikan Al-quran sebagai ‘teman’ hidupnya.

Tular di Facebook beberapa keping gambar qari Qayyim bersama dengan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada suatu ketika dahulu. Gambar-gambar tersebut menyentuh hati ramai yang juga turut merindui sosok pemimpin parti agama itu.

Sumber: IMITS N32 Air Putih