Siakap Keli
Kredit: Bernama

“Doaku Semoga Allah Kurniakan Malaysia Keamanan, Pemimpin Diberi Taufiq, Hidayah & Sabar”- Dr. Zulkifli

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga Mufti Wilayah Persekutuan sebentar tadi memuatnaik satu doa bertulisan tangan khusus memohon kesejahteraan untuk Malaysia dan pemimpinnya.

“Kepada Malaysia, rakyatnya dan para pemimpinnya. Ya Allah, kepada-Mu kami berserah dan berharap,” tulisnya pada kapsyen kiriman dimuatnaik beliau.

“Bismillahirrahmanirrahim

“Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufiq, hidayah dan sabar.

“Ya Allah kurniakan kepada kami rasa cintakan negara. Kukuhlah perpaduan kami,” tulis beliau dalam doa khusus tersebut.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Amira

Love yourself.