Siakap Keli
Gambar via Instagram

Ustaz Dedah Ashraf ‘Berhajat’ Bawa Noah Dan BCL Tunai Umrah Sebelum Meninggal

Allahyarham Ashraf Sinclair ternyata mempunyai harapan untuk menunaikan ibadah umrah.

Hal ini didedahkan oleh Ustaz Samsul Maarif yang baru berkesempatan untuk melawat tanah perkuburan kerana beliau sebelum ini sedang menjalankan ibadah umrah dan pergi ke Kaherah. Ustaz Samsul dan Ashraf Sinclair telah berkawan sejak tiga tahun yang lalu.

“Hubungan kami sangat baik, sangat harmoni dalam tiga tahun yang lalu,” kata Ustaz Samsul yang dipetik dari Youtube KH Entertainment.

Menurutnya, beliau dan Ashraf kali terakhir berhubung di antara satu sama lain ialah ketika dirinya berada di Madinah.

Dalam perbualan itu, Ustaz Samsul mengajak Ashraf dan keluarganya untuk menjalankan ibadah umrah.

Nanti kita akan ke umrah bersama ibu Bunga dan juga Noah

Ustaz Samsul mendedahkan Ashraf telah menyatakan harapan untuk umrah. Harapan itu disampaikan oleh Ashraf pada bulan Ramadhan tahun 2019 lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=rMyHwRan_I8&feature=emb_title

Sumber: KH Infotainment, Tribun Ambon

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa