Siakap Keli
Gambar: Instagram

Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Pelakon, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi.

Menurut Kompas.com, pelakon yang juga merupakan suami kepada Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung.

Berita sedih ini juga telah disahkan oleh pengurus isterinya, Bunga Citra Lestari, Doddy, kepada Kompas.com menerusi kiriman WhatsApp.

Tambah Kompas.com, Ashraf Sincalir menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 40 tahun.

Menerusi laman Instagram rasmi Ashraf Sinclair, ramai rakan selebriti dari Malaysia dan Indonesia menzahirkan ucapan takziah.

Sumber: Kompas.com

Sofea Shahira

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: