(Video) Detik-Detik Cemas Anggota Keselamatan Acu Pistol Pada Pencuri Rompak Kedai Emas

Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Bukit Tinggi, Klang semalam telah dikejutkan dengan kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai emas yang terletak di dalam pusat beli belah berkenaan.

Kejadian tersebut telah berjaya dirakam oleh pengunjung pusat beli-belah berkenaan. Sebuah video yang menunjukkan aksi pengawal keselamatan mengacukan pistol pada perompak yang merompak kedai emas tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang anggota keselamatan yang cuba untuk mengawal situasi dengan mengacukan pistolnya ke arah perompak yang sedang berlindung di dalam kedai emas itu.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, 22 February 2020

Tidak berapa lama kemudian, kelihatan dua orang suspek yang memakai topi keledar melarikan diri dari lokasi kejadian.

Walau bagaimanapun, anggota keselamatan tersebut tidak melepaskan sebarang tembakan namun hanya mengacukan pistol terhadap kedua-dua suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli menyatakan bahawa orang ramai yang melihat kejadian berkenaan telah bertindak mengejar dan berjaya menahan seorang daripada suspek kira-kira 20 meter dari kedai itu.

“Suspek yang berjaya ditangkap adalah seorang lelaki berumur 19 tahun, bersamanya turut dirampas barang kemas yang dirompak dan tukul yang digunakan,” katanya.

Pihak polis masih sedang giat memburu seorang lagi suspek yang terlibat dalam kejadian rompakan tersebut.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen