Siakap Keli
Kredit: Bernama

Kami Bukan Pengkhianat, Tapi Kami Mahu Gagalkan Konspirasi Jatuhkan PM- Azmin Ali

Pembubaran parlimen diikuti tindakan beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti berkenaan disifatkan sebagai satu pengkhianatan oleh sesetengah pihak.

Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagaimanapun tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa mereka bukanlah pengkhianat, sebaliknya menuduh pihak yang cuba mendesak PM Tun Mahathir agar turun adalah pengkhianat sebenar.

Malam Jumaat lalu kita menyaksikan usaha golongan sebahagian pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk memaksa YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menetapkan tarikh beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melakukan peralihan kuasa kepada Presiden KEADILAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Usaha tersebut adalah kemuncak kempen mereka untuk mewarwarkan isu peralihan kuasa sebagai agenda utama PH.

Kempen ini telah dimulakan sejak beberapa bulan yang lalu dengan kekerapan meningkat dari semasa ke semasa sehingga mengalihkan pandangan rakyat daripada usaha untuk memberikan tumpuan kepada agenda pemulihan ekonomi dan reformasi institusi.

Kempen ini telah menghakis keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kewibawaan kerajaan PH.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memberi tekanan kepada YAB Tun Dr. Mahathir yang sedang mempersiapkan negara untuk menganjurkan Persidangan APEC pada bulan November 2020.

Persidangan ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada usaha menampilkan Malaysia sebagai model transisi demokrasi yang mengutama agenda aspirasi rakyat.

Kami yakin bahawa percubaan memaksa Perdana Menteri menentukan tarikh peralihan kuasa sebagai usaha jahat untuk menjadikan Perdana Menteri sebagai “lame duck PM”.

Ini adalah kerana menukar Perdana Menteri di tengah penggal memberi isyarat yang salah kepada rakyat dan masyarakat pelabur.

Peralihan kuasa ditengah-tengah penggal akan mengugat kesinambungan dasar-dasar dan persepsi rakyat terhadap kerajaan PH.

Justeru itu kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri ditengah-tengah penggal.

Langkah yang kami lakukan adalah untuk menjamin keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kestabilan dan kelangsungan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan untuk meningkat tahap sosioekonomi rakyat seperti yang terkandung Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Justeru itu kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat.

Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat.

Usaha kami terbukti benar bahawa pihak tersebut kini menyedar kesalahan yang mereka lakukan.

Justeru itu kenyataan mereka menyokong YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal.

1. YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak

2. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang

3. YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota

4. YB Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau

5. YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

6. YB Dato’ Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

7. YB Dato’ Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat

8. YB Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat

9. YB Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok

10. YB Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

11. YB Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau

Sumber: Azmin Ali

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: