Siakap Keli
Kredit: Bernama

(Video) DAP Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri- Lim Guan Eng

Kuala Lumpur, 24 Feb – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyuarakan hasrat kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) agar terus mencalonkan Tun Mahathir agar terus menyandang jawatan itu.

Hasrat itu disuarakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media khas hari ini.

“Oleh itu DAP berhasrat mengesyorkan kepada Majlis Presiden PH yang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia supaya PH dapat terus memenuhi dan juga menyampaikan janji-janji dalam manifesto PH pada pilihanraya besar 2018,” katanya.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.