Siakap Keli
Gambar : Bernama

Zuraidah Dan Azmin Dipecat Dari PKR Serta-Merta

Bahang politik negara semakin panas apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin didakwa dipecat daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Fahmi Zainol, Ketua AMK Pulau Pinang dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi.

Memetik laporan Bernama, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di ibu pejabat parti.

Saifuddin Nasution berkata keputusan itu diambil berdasarkan konsensus dengan mengambil kira perkembangan politik semasa termasuk pertemuan antara mereka dengan anggota Parlimen pembangkang semalam.

Sumber : Twitter Fahmi Zainol/Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.