Siakap Keli
Kredit: Bernama

Kronologi Perkembangan Politik Negara Setakat Ini

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Berikut adalah kronologi perkembangan politik negara hari ini:

8.19 pagi – 10 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya untuk bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

11 pagi – 1 tengah hari: DAP dan PKR mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti masing-masing di ibu negara.

2.03 petang: Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution pada sidang media memberitahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat dari PKR.

2.12 petang: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin umum parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri letak jawatan

2.20 petang: Pejabat Perdana Menteri memaklumkan menerusi kenyataan akhbar bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 tengah hari.

2.21 petang: Mohamed Azmin dan 10 lagi isytihar keluar daripada PKR dan PH untuk membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

2.30 petang: Anwar dan Dr Wan Azizah tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

3.08 petang: Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Bersatu.

4.45 petang: Dr Mahathir tiba di Istana Negara melalui pintu utama untuk menghadap Al-Sultan Abdullah.

6.46 petang: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi susulan isu politik negara.

7.15 malam: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

7.15 malam: Kenyataan itu juga menyebut Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya.

8.15 malam: Bersatu, melalui presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin adakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat, Petaling Jaya.

9.25 malam: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri kabinet

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.