Siakap Keli
Kredit: Hidayah_Abam

(Video) Genap 15 Hari Pemergian, Balu Arwah Abam Muatnaik Video Kenangan

Genap 15 hari pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan (Abam Bocey), balu arwah, Siti Norhidayah memuatnaik video kenangan bersamanya.

Berdasarkan video dikongsikan @Hidayah_Abam, arwah sedang bermandi bersama anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 8 bulan.

“Dalam Kenangan arwah Mandi bersama Hamzah.. Al -Fatihah (dibaca) moga arwah Syed Umar Mokhtar @abam_bocik ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Syurga tempatmu. Aamin,” tulisnya.

Di kesempatan itu, netizen meninggalkan komen sokongan buat isteri Allahyarham.

Harap Hidayah berbaik dengan keluarga arwah

Nampak sangat arwah sayang dengan anaknya

Mesti Hamzah rindu

Kenangan manis tu mahal, hargai ibu ayah selagi mereka masih ada

Sumber: @Hidayah_Abam

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.