Siakap Keli
Gambar: Perhimpuan Bersih di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015 - AFP/meccapost.com

(Video) Jika Parlimen Tidak Bubar, Bersih Beri ‘Amaran’ Akan Turun Ke Jalan Semula

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi ‘amaran’ akan mengadakan perhimpuan aman Bersih 6.0 sekiranya parlimen tidak dibubarkan dalam masa terdekat.

Pengerusinya Thomas Fann, membuat gesaan itu dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di ibu pejabat Bersih 2.0 ketika menjawab soalan yang disoal pihak media.

Memetik laporan Bernama, Bersih 2.0 menolak kerajaan ‘pintu belakang,’ kata Thomas Fann sambil menambah bahawa pembentukan sebarang kerajaan pintu belakang tidak boleh diterima.

Menurut Bernama, beliau turut menggesa ahli parlimen yang memenangi pilihan raya atas tiket Pakatan Harapan namun telah menukar sekutu agar meletak jawatan serta-merta kerana mereka tidak lagi mempunyai mandat rakyat.

Sumber : KiniTV/Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)