Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

(Video) Hampir 800 Ribu Pengikut Dalam Sehari, ‘Debut’ Pertama Cristiano Jr Di IG Tarik Perhatian Dunia

Anak lelaki sulung Cristiano Ronaldo telah mengumpulkan hampir 800,000 pengikut Instagram kurang dari 24 jam selepas menyertai platform perkongsian foto tersebut.

Dikenali juga dengan Cristiano Ronaldo Jr, dia yang berumur sembilan tahun itu memikat hati peminat dengan memperkenalkan dirinya dalam empat bahasa sekaligus membuktikan dirinya sebagai ‘ahli’ linguistik yang mahir dengan memperkenalkan dirinya dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis dan Itali.

Dia menunjukkan tanda ibu jari selepas tersenyum pada kamera dan berkata ‘Hai guys, ini adalah akaun Instagram baru saya. Saya harap anda suka’ di dalam keempat-empat bahasa itu.

Video tersebut telah ditonton sebanyak 2.6 juta orang dalam 20 jam pertama selepas ia dimuat naik dalam Instagram.

Dia juga telah berkongsi dua gambar bersama video ‘pengenalannya’ iaitu ketika dia di Milan Fashion Week bersama dengan teman wanita bapanya, Georgina Rodriguez dan gambar mandi bersama keluarganya.

 

Gambar: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa