Siakap Keli
Gambar: Eurosport Asia

Wabak COVID-19 Masih Berterusan, Olimpik Tokyo 2020 Mungkin Akan Dibatalkan

Seorang anggota kanan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkata pada Selasa lalu bahawa terlalu berbahaya untuk mengadakan sukan Olimpik di Tokyo pada musim panas ini kerana wabak koronavirus. Penganjur lebih cenderung untuk membatalkan acara tersebut daripada menangguhkan atau memindahkannya.

Bekas juara renang Kanada yang pernah berkhidmat di IOC sejak tahun 1978, Dick Pound, menganggarkan ada lebih kurang dua bulan untuk menentukan nasib Olimpik Tokyo dan ia bermaksud keputusan boleh dimuktamadkan sehingga lewat bulan Mei ini.

Gambar: Daily Mail

“Sekiranya IOC memutuskan permainan tidak dapat diteruskan seperti yang dijadualkan di Tokyo, anda mungkin melihat pembatalan,” katanya.

Wabak virus yang bermula di China dua bulan lalu telah menjangkiti lebih 80,000 orang di seluruh dunia dan membunuh lebih 2,700 orang iaitu kebanyakannya di China.

Gambar: Daily Mail

Namun virus tersebut telah pun ‘bertapak’ di Korea Selatan, Timur Tengah dan Eropah menimbulkan rasa takut terhadap pandemik. Jepun sendiri telah melaporkan empat kematian.

Pound menggalakkan atlet untuk terus berlatih. Kira-kira 11,000 dijangka untuk Sukan Olimpik yang bermula 24 Julai dan 4,400 terikat untuk Sukan Paralimpik yang dibuka pada 25 Ogos.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa