Siakap Keli

“Kalau Negara Lain, Ramai Dah Mati,” Pelajar Luar Pelik, Malaysia Masih Aman Walau Tiada Kerajaan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila mendengar ada sahaja masalah di negara kita tambah-tambah lagi sekarang negara dilanda kemelut politik pasti akan ada suara-suara yang tidak bertanggungjawab. Seperti ada yang ingin keluar dari negara kita dan tinggal di negara yang dikatakan lebih selamat dan aman.

Seperti perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Norhisham Bakhary yang memuji sifat kepimpinan Ketua Negara mengendali situasi yang berlaku sekarang.

Hari ni ramai student international tanya, agak-agak perlu ke dorang keluar Malaysia, takut ada chaos. Ramai yang risau.

Aku jawab:

Tak payah, just enjoy your stay here, this is Malaysia. People are very matured, you see, even though we don’t have government since yesterday, people are still enjoying life. Not even a single punch you can see..

Dia tanya, ‘we don’t even see the army on the street, how can this be?’

Because we have the king, the army is loyal to the king not to politicians, that is the beauty of my country.

Last sekali sorang student egypt kata, kalau kat negara dia, ramai dah mati..

Itulah dia raja berpelembagaan, jangan kau sesekali bercita-cita nak hancurkan institusi ini…kau sendiri berpayung dibawahnya.

DAULAT TUANKU

Love you Malaysia

 

Sumber: Norhisham Bakhary

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)