Bunga Citra Lestari (BCL) dan Arwah Ashraf Sinclair dikenali sebagai pasangan suami isteri yang sangat romantik dan mereka dijadikan sebagai contoh relationship goal yang sebenar.
Umum mengetahui bahawa arwah Ashraf sememangnya sangat mencintai BCL sehingga beliau mengambil keputusan untuk terus menetap di Indonesia. BCL juga sanggup menempah kubur bersebelahan dengan arwah Ashraf untuk dirinya kelak.
Namun, disebalik sikap penyayang dan bertanggungjawab arwah Ashraf, beliau semestinya juga dididik dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa beliau.
Melihat hal ini, Ell F. Azman meluahkan rasa mengenai kasih sayang yang wujud dalam keluarga Arwah terutama yang ditunjukkan oleh ibu bapa beliau.
Kiriman tersebut juga mendapat reaksi warga net yang juga kagum dengan kasih sayang di antara ibu bapa Arwah Ashraf.




Sumber: Ell F. Azman